Latest News 25 Aug 2008 - WorkCover WA has established four reference groups... Read more...
14 Aug 2008 - WorkCover WA’s recent workshop on ... Read more...
23 Jul 2008 - Click here to read the latest edition... Read more...

Advisory Service

Information, assistance,
advice
Tel 1300 794 744...
click here for more

Malaysian

Terjemahan dan Jurubahasa

WorkCover WA komited untuk menyediakan capaian dan sokongan kepada pelanggan dan pekerja yang mempunyai latar belakang pertuturan yang bukan bahasa Inggeris.

Terjemahan

Pelbagai terbitan penting telah diterjemahkan untuk kemudahan anda. Sila lihat pautan-pautan di bawah ini.

Jurubahasa

Jurubahasa boleh dimohon oleh:

· pekerja yang tercedera

· penyedia pemulihan yang diluluskan

· pengamal perubatan

· kawan atau ahli keluarga pekerja yang tercedera

Kos perkhidmatan jurubahasa akan dibiayai oleh WorkCover WA.

Jurubahasa boleh disediakan untuk anda melalui notis 24 jam untuk membantu dengan:

· pertanyaan meja pelanggan

· melengkapkan borang dan permohonan

· telesidang, pendamaian dan perbicaraan timbang tara bagi tuntutan yang dipertikai.

Perkhidmatan Penterjemahan dan Alih Bahasa

Pelbagai perkhidmatan jurubahasa digunakan oleh WorkCover WA:

· Translators International; 9321 1960

· Translating and Interpreting Service (TIS); 131 450 yang menyediakan perkhidmatan 24 jam atau jurubahasa di tapak untuk menjalankan temu bual bersemuka melalui talian 1300 655 082

· WA Interpreters Pty Ltd boleh didapati melalui talian 9361 3248.

Alih Bahasa Melalui Telefon

Untuk menggunakan perkhidmatan alih bahasa melalui telefon:

Langkah 1

Telefon: 131 450

Langkah 2

Beritahu telefonis bahasa pertuturan anda

Langkah 3

Beritahu telefonis bahawa anda ingin menghubungi Perkhidmatan Nasihat WorkCover WA melalui talian 1300 794 744.

 

Publications

Utamakan Pelanggan(Customer First)

Maklumat Penting Untuk Pekerja (Workers' Compensation and Injury Management - Important Information for Workers)

Maklumat Penting Untuk Majikan (Workers' Compensation and Injury Management: Important Information for Employers)

Panduan Menyelesaikan Pertikaian (A Guide to Dispute Resolution)

Pampasan Kontractor dan Pekerja - Adakah anda Pekerja di Bawah Akta? (Contractors and Workers' Compensation - Are you a Worker under the Act?)

Panduan Bagi Hilang Pendengaran Cetusan Hingar (A Guide to Noise Induced Hearing Loss)

Related Pages

Translations Cocos Malay Vietnamese Serbian Italian Croatian Chinese Malaysian

print this page